(1) Panduan Ringkas Membuat Air Jampi
(a) Terlebih dahulu, niatkan dalam hati bahawasanya kita akan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran ke dalam air sebagai
syifa' untuk segala penyakit, dengan izin Allah ta'ala.
(b) Bacakan Ayat-ayat berikut mengikut urutan, ke dalam sebuah botol yang diisi air kosong (air masak/mineral/paip)
- Surah Al-Fatihah
- Ayatul Kursiy (Surah Al-Baqarah: 255)
- Surah Al-A'raaf:117-122
- Surah Yunus: 81-82
- Surah Thoha: 69
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nas
- Surah Al-Furqan: 23
- Surah Asy-Syu'ara: 80
- Surah Sod: 41-42
Ayat-ayat diatas dan ada banyak lagi yang lain, kami gunakan untuk menjampi seseorang yang terkena gangguan
jin dan sihir.
Insya-Allah, dengan menggunakan kalaamullah (kata-kata Allah) dalam meruqyah (menjampi), seseorang pesakit itu akan pulih.
Usaha jampi ini haruslah diiringi juga dengan DOA dari pesakit tersebut dan dinasihati supaya sentiasa beristiqamah dan
teguh dalam mengamalkan Islam yang tulen, berdasarkan apa yang disyariatkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sohihah.
==============
AYAT-AYAT SYIFA'
==============
Berikut adalah senarai ayat-ayat Al-Quran yang dipilih dan kami golongkan sebagai ayat-ayat syifa'. Boleh dibacakan ke
dalam sebotol air dan diberikan kepada pesakit untuk diminum dan dimandikan. (Mandi di luar bilik air, berdiri di dalam
sebuah baby bathtub atau dulang, siramkan air dari atas ke bawah,buang air yang telah ditadah di tanah supaya air itu meresap
ke dalamnya. Jangan buang air yang telah digunakan itu di dalam tandas atau sink dapur atau longkang kerana air tersebut telah
dibacakan ayat-ayat Al-Quran.)
1. Al-Fatihah
2. Surah At-Taubah: 14 - 15
3. Surah Yunus: 57
4. Surah An-Nahl: 67 - 69
5. Surah Al-Isra': 82
6. Surah Asy-Syu'ara: 75 - 80
7. Surah Fussilat: 44
Wallaahu A'lam.
==================
Sila datang ke lelaman ini pada masa hadapan untuk mengetahui ayat-ayat Quran yang lain yang digunakan dalam proses ruqyah.
==================